Kehadiran x diundang.. Pergi x dilarang...

salam..

Trima kasih coz korg passing trough aknyer blog.. walau x de papepon.. jz ad karya2 hsil seni jiwa ak yg terpndam neh je.. haha.. anyway.. hopefully dpt enjoy n dpt share knowledge brsama2.. yg bruk jdkn pngajaran.. yg baik amal2kn la..

Dlm blog ak neh mcm2 ad.. mostly a part of my life ,copy content dri blog org(hehe.. jgn mare..) n my ideaology yg ntah btul atau x.. klu slah.. jgn mlu2 la tego.. xde org yg perfect dlm dunia neh tau..

Sunday, November 7, 2010

seindah kaca permata berliku....

sayangku.. 
aku menenalimu sesaat,
tanpa ku duga,
tanpa ku sedari,
dikaulah wanita yg bernama isteriku
perjalanan hidup bersamamu..
menambah seri dalam hidupku..
tiap detik bersama bagai lakonan layar semata..
bersama mengikat janji..
di waktu malam yang indah..
dihias cahaya bulan dan bintang menjadi saksi..
bersama angin bayu di tepi pantai yang indah..
cinta bersemi dalam sayang dan rindu..
suka.. duka...
kita sama harungi...
biar terpaksa mengharungi ombak di samudera..
aku akan sentiasa bersamamu..


sayangku.. 
dikau sempurnakan hidupku ini....
ketika ku kelam dalam kegelapan...
dikau menjadi cahaya..
dikala ku jatuh..
kau menjadi tongkat semangatku..
di masa ku memerangi keluhan dunia..
kau penenang jiwaku..


sayangku..
usah dikau ragui hati ini..
usah kau rungkai cinta ini..
usah kau damba rindu ini..
setiap detik dan masa..
hati ini..
cinta ini..
rindu ini..
hanya untuk mu..


sayangku..
hanya dikau yangku sayang..
ku memohon agar dikau menjadi permaisuri bidadari tika menyambut ku di syurga nanti..

Saturday, November 6, 2010

wanita dan lelaki.. indahnya cinta....

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Tuesday, November 2, 2010

My dear...

Only you..

Having found you, I feel I’ve lost myself
Even if I could, I wouldn’t know what to say
There are no words in any language
That I can use to describe you
If I were to say that a beauty like you
Cannot be found in the whole world
This compliment, in truth, would be nothing
Your michievious style and grace
Spills out from your face
Your thick cloud of hair
Rests on your shoulders with pride
Your scarf floats in the wind like a cloud
Your arms are filled with moonlight
moonlight of beauty
If I were to say this splendour
Cannot be found anywhere and never will be
Tareef yeh bhi toh sach hai kuch bhi nahin
This compliment, in truth, would be nothing
It’s your generosity
That’s led to this story
Now our paths are the same
Where you are, there I’ll be
If I were to say, my soulmate
That you’re a nymph from heaven, a fairy
This compliment, in truth, would be nothing
Having found you, I feel I’ve lost myself
Even if I could, I wouldn’t know what to say
There are no words in any language
That I can use to describe you
If I were to say that a beauty like you
Cannot be found in the whole world
This compliment, in truth, would be nothing

Friday, October 29, 2010

petua lepas kawen

RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .
Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

 Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

Thursday, October 21, 2010

Apa Kata Hati...

Tiada ku jangka,
Hati mu itu selembut kain sutera,
Menyulami hati ku yang sering terluka,
Tiap saat dan tiap masa.


Wajah mu yang seindah pelangi,
Yang sering menyinari selepas ku menghujani air mata,
Dengan menceriakan hari ku kembali,
Tidak kira masa dan dimana jua ku berada.


Sikap mu yang sungguh memahami itu,
Bagaikan hati kita adalah satu,
Dengan membuat ku begitu senang bersama mu,
Walaupun sehingga akhir waktu.


Kesetiaanmu sukar ditandingi,
Bagaikan sungai yang mengalir tanpa henti,
Walaupun kita jauh disisi,
Hati mu sentiasa ku miliki.


Kejujuran mu yang hebat itu,
Walaupun kita terpisah seribu batu,
Akan sentiasa ku mendengar khabar mu itu,
Tanpa lesap dari di dengari oleh telinga ku.



Keikhlasan mu yang tiada tandingan,
Pada setiap ujian yang mendatang,
Kamu sentiasa bersama ku tidak kira apa pun terjadi,
Disaat ku susah dan senang sedang menanti.


Jiwa mu yang romantis itu,
Sentiasa membuat hati ku terasa bahagia,
Walaupun disaat kesedihan sedang melanda,
Kamu selalu mengembalikan senyuman di bibir ku.


Hidup kamu yang sentiasa ceria,
Sering mengajar ku menjadi tabah,
Dalam menempuhi hari-hari yang mendatang,
Dengan menyakini ketentuan yang maha esa.


Khas untuk mu....


Thursday, October 14, 2010

PILIHAN...

                         Pilihan..... Pilihan... Pilihan.....
  Al-kisah bermula la kisah di suatu ari di Restaurant Pak Mat Tempe...    
     
Waiter: encik nk "order" makanan apa?
Mai: nk mkn pe ek.. bg nasi goreng Kg stu..
Min: nasi goreng je ek..
Mai: bia la.. hehe.. erm.... tkar la bg nasi goreng pataya la..
Min: tkar plak ek..
Mai:: erm... bg sy nasi ayam penyek la satu..
Min: ish3.. men tkar2 lak.. sian kt abg waiter ni.. da la x abis2 dgn ayam penyek dia tu.. xde mknan lain ke?
Mai: hehe.. bia la.. x leh ke.. saya da "order" awak nk mkn pe?
Min: hm.. nasi lemak, ada lg x bang..
Waiter: Ada bang..
Mai: nasi lemak je tau.. ptot la buncit.. awk xnk tggu ke nasi lemak mak cik jual kt tpi tingkap tu..
Min: hehe.. da lame x mkn nsi lemak la syg.. rndu kt nsi lemak... 
        yg mak cik tu pnye tgh mlam je leh dpt.. huhu..
Mai: yela..
Waiter: Minum bang?
Min & Mai: Milo Ais stu ek..
Waiter: errr... satu ke dua?
Min: bg dua milo ais ok..
waiter : Ok.. siaaappp!!!

    Haa.... nk makan pon susah nk plih ape kan... ish3..  sbenarnya....
Idup ni hanya berkaitan dgn plihan..dari kita celik biji mata smpai la tutup biji mata..sentiasa je kna wat plihan..cuba kita kaji blik..kte bgn tdo tu kte ada bnyk plihn..plhn pertama yg kna wat nk g klas ke x rini..then kte plih g klas..msuk blik air..pg ni nk mndi btul ke nk bsahkn kepala je..plhn lg..pastu nk plih bju..plhn lg..terlalu bnyk plhan..n kte hndak lah pndai wat plhan..ini kerana skali slah plih ia akn effect kat bnda len lak..

bak kta pepatah.. terlajak perahu leh undur.. terlajak wat plhn x de button undo da..dlm nk wat plhan tu..kte knala pkir dri segala aspek..apa baik n bruk plhn kte tu..apa akn jd klau itu yg kte plih..kte hendaklah pkir tuk jangkamasa yg pnjg..bkn skadar tuk jangkamasa pendek..selain itu dlm membuat plihan..jgn la kte abaikn org disekeliling kte..dont be so selfish..idup ni bkn kte sorg je..kte pun mmg x kn mmpu idup sorg2..pe korg ngat mati t korg leh korek kubur sndri then tnam dri sndri??of cos la x kn..so..jgn la kte abaikn ati dan perasaan org len..kdang2 mngkin org tu x ckp pe ngan kte..tp dlm ati dia hnya tuhan yang tau..

andai kte dberi plhan antara melukakn ati shabat n kebahagiaan sndri pasti nye kn jd sukar dlm membuat plhan..tnpa kte sedari..ada stu lg plhan yg kte ada..berbahagia n jgn sesekali melupakan kwn itu..bhagilah mse kamu sebaik nye antara kawan n kekasih..kawan tu x nk pun prhatian dri kamu 24 jam..ckup la kirenye ada mse tuk kamu dan dia bercerita..ckup sekadar kamu inform kat dia kemana kamu pergi kerana skiranya trjd sesuatu pdmu ada org yg tau..kdang2 kwn sbuk bertanya psl drimu..tp itu x bermakna dia tu busybody tp sbb dia concern tntng kamu..sekiranya trjd sesuatu pdamu tntulah dia bertanggungjwab..jgan la kte leka sgt bercinta hngga melupakan org sekeliling kte..berbalik kembali kpd plhn td..andai kamu pkir x de plhn lg padamu..cbe pkir blik..btul ke..sbnrnye plhn itu ada..kte yg mencipta plhn tu..buka minda kamu..selami ati kamu..insyaallah msih ada plhn len bgmu..mmg Allah da tntukn segalanya tuk kte..tp kte sndri x tau pe yg Allah tlah tntukn bkn?

so bek atau bruk plhn kte tu anggapla itu ketentuan Allah dan jgn pnah menyesal skiranya plhnmu itu slah kerana stiap mnusia itu belajar melalui ksilapan..so..diharap ksilapan itu tdak diulangi bg mendapat khidupan yg lbih sempurna..insyaallah..

pilihan ditangan anda!!!

P/s: renung2kn dan selamat beramal.. hehe..:b


Thursday, July 29, 2010

wira setiap hari..

 Salam.. time aku bosan td.. tbe2 je terbaca stu artikle ni.. sgt2 best la.. ha.. pe lg.. bca2.. hehe..

Wira Setiap Hari (Everyday Heroes)

"Semua dah hantar kerja rumah?"

Satu kelas bersuara, mengatakan ya.

"Ketua Tingkatan, kira ada berapa."

Kelihatan ketua tingkatan 1 Setia mengira buku latihan Matematik.

"Ada 43 cikgu."

Kata ketua tingkatan, melapor kepada guru Matematik.

"Sepatutnya ada 44. Siapa yang tak hantar lagi?

Satu kelas senyap. Aku menunduk ke meja.

"Mengaku cepat! Siapa tak hantar lagi!"

Guru Matematik tersebut menggertak.

"Awak jangan saya panggil nama, teruk awak kena nanti."

Kawan-kawan memandang aku. Aku masih lagi menunduk ke meja.

"Tak apa. Saya panggil nama."

Guru Matematik bergerak ke meja ketua tingkatan. Ketua tingkatan menghulur rampaian buku latihan Matematik. Guru tersebut membelek muka hadapan buku, membaca nama pelajar satu per satu. Apabila nama dipanggil, kawan-kawan menyahut. Usai 43 nama dibaca, guru Matematik bertanya.

"Amiruddin."

Aku mengangkat muka memandang guru tersebut. Gugup.

"Mana buku awak?"

Aku diam.

"Saya tanya mana buku awak?"

Suara guru Matematik tersebut lantang. Bunyinya keras.

"Awak ingat saya cakap dengan batu ke? Saya tanya mana buku awak?"

Aku masih lagi diam.

"Awak ke depan sekarang!"

Menurut perintah, aku bergerak ke depan, menuju ke meja guru. Rasa gementar mula menyelubungi hati. Tiba di meja guru, guru Matematik tersebut bertanya.

"Kenapa awak tak hantar latihan?"

Dengan perlahan, aku menjawab.

"Saya..."

"Saya tanya kenapa awak tak hantar buku latihan!"

Aku dengar bunyi hentakan kuat di meja guru. Kali ini guru tersebut benar-benar marah.

"Saya tak siap cikgu."

"Tak siap? Kawan-kawan awak yang lain boleh siap."

Aku kembali diam. Guru tersebut bangun dari tempat duduknya. Dia memandang aku.

"Apa nak jadi dengan awak ni? Bagi kerja tak buat, suruh hantar tak hantar. Awak nak jadi apa?"

Aku masih lagi diam. Tidak berani melawan.

"Cakap awak nak jadi apa!"

Aku tidak berani bersuara. Masa itu juga, penampar guru Matematik tersebut melekat di pipi aku.

"Saya geram lah dengan awak ni. Nama saja pengawas. Tapi pemalas!"

Seiring dengan kata-kata guru Matematik tersebut, beberapa cubitan perit hinggap di lengan kanan aku. Sakit, tapi aku tahan.

"Awak keluar kelas saya sekarang! Malas saya nak ajar orang macam awak."

Aku memandang kawan-kawan sekelas. Perasaan malu menebal di hati. Setelah dihalau oleh guru Matematik tersebut, aku keluar dari bilik darjah, menuju ke bilik air.

Tanpa aku sedar, ada beberapa titik air mata menyelusuri pipi. Aku tidak sedih kerana dimarahi guru Matematik tersebut. Aku tidak marah kepada guru tersebut. Aku hanya rasa kosong. Jiwa aku juga kosong.

Akhirnya guru Matematik tersebut berjaya memalukan aku depan kawan-kawan. Dan aku merasakan benci pada guru Matematik tersebut.

Satu tahun aku bersama guru Matematik tersebut perit. Aku merasakan dia juga benci pada aku sebagaimana aku benci kepadanya. Supaya tidak lagi dimarahi dan dimalukan depan kawan-kawan, aku selesaikan segala kerja rumah Matematik yang diberikan. Tapi aku tidak ikhlas.

Di peperiksaan akhir tahun, aku berlagak seperti biasa. Tidak terlalu berhempas-pulas seperti kawan-kawan lain mengulangkaji Matematik. Aku yakin dengan kemahiran mengira yang aku ada. Biar aku tidak selalu menyiapkan kerja rumah, tidak mengulangkaji sekuat kawan-kawan yang lain, aku pasti boleh mendapat gred A untuk Matematik.

Beberapa ketika, setelah selesai pengiraan markah keseluruhan untuk peperiksaan akhir tahun, keputusan diumumkan oleh guru tingkatan.

Tekaan aku meleset. Keputusan yang aku dapat jauh dari jangkaan.

Matematik - 56 - C.

Lama aku merenung keputusan tersebut, tidak percaya. Malah, aku jatuh kelas nombor dua. Peratusan keseluruhan aku tidak baik. Sekali lagi, aku dimalukan depan kawan-kawan.

Melangkah ke tingkatan dua, aku mulai berjinak dengan Matematik. Malah guru Matematik tahun itu jauh lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. Aku juga mengikuti tuisyen Matematik. Guru Matematik di tuisyen juga jauh lebih baik daripada guru Matematik tersebut. Aku dan kawan-kawan di kelas baru sering berlumba-lumba keputusan Matematik siapa yang lebih baik.

Di peperiksaan akhir tahun, aku mengekalkan kecemerlangan Matematik, memperoleh gred A dan naik semula kelas pertama di tingkatan tiga.

Pagi di hari pertama di tingkatan tiga, orang pertama yang aku cari waktu perhimpunan pagi ialah guru Matematik tersebut. Mahu saja aku berlagak depannya, mengatakan guru tersebut sebenarnya tidak pandai mengajar, bukan aku yang kurang pandai belajar. Mahu saja aku kata depannya begini.

"Cikgu. Saya masuk 3 Setia. Kelas pertama. Matematik saya A. Cikgu nak cakap apa?"

Mungkin berkata sebegitu boleh menebus kembali maruah aku setelah dimalukan oleh guru Matematik tersebut. Selesai perhimpunan, aku lihat guru Matematik tersebut berjalan bersama guru-guru lain. Aku nekad melakukan apa yang telah aku rancang. Aku akan malukan guru tersebut di hadapan guru-guru yang lain.

Tapi, guru tersebut terlebih dahulu menyapa aku.

"Amiruddin. Awak kelas 3 Setia? Tahniah. Saya tengok gred Matematik awak baik. Awak A kan. Tahniah. Teruskan usaha Amiruddin untuk PMR. Jangan main-main lagi."

Aku tergamam.

Guru ini yang dulunya aku sangkakan benci kepada aku, masih lagi ingat nama aku. Guru yang dulunya aku benci, masih lagi mengambil berat akan aku.

Melangkah ke kelas, aku berfikir sejenak sebelum guru Matematik tingkatan tiga melangkah masuk ke kelas bagi memulakan sesi pembelajaran tahun itu. Wajah guru Matematik tersebut menyelusup ke fikiran aku.

Lima minit kemudian, guru Matematik tingkatan tiga masuk ke kelas. Selesai ketua tingkatan memimpin kami memberi salam hormat kepada guru tersebut, dia bercerita tentang bekas pelajar-pelajarnya yang telah berjaya ke menara gading. Dan dia menanam harapan tinggi kepada kami, untuk turut berjaya ke menara gading.

Aku fikir waktu itu tanpa guru juga aku boleh masuk universiti. Guru bukannya sebab utama kenapa pelajar ke menara gading. Lulus gagal pelajar bukan terletak pada tangan guru, aku fikir waktu itu. Asal ada daya usaha dan cita-cita, pasti satu hari nanti aku akan bergelar mahasiswa universiti juga.

1 tahun berlalu. Aku mengakhiri tingkatan tiga dengan keputusan yang baik dalam PMR dan peperiksaan akhir tahun. Melangkah ke tingkatan empat di akhir, sewaktu perhimpunan pagi di hari pertama persekolah, guru Matematik tersebut menyapa aku sebelum perhimpunan bermula.

"Tahniah Amiruddin dapat A Matematik PMR! Cikgu bangga dengan awak."

Sekali lagi aku tergamam.

Guru yang satu ketika aku sangkakan membenci aku dan satu ketika dahulu aku benci, berasa bangga dengan aku. Tapi aku ini aku tidak lagi diam.

"Cikgu. Saya nak minta maaf. Saya banyak buat salah dengan cikgu. Saya kutuk cikgu dekat belakang. Saya kurang ajar dengan cikgu. Saya tak hormat cikgu. Saya benci cikgu. Saya minta maaf cikgu."

Aku lihat guru tersebut tenang dan membalas kata-kata aku.

"Tak apa Amiruddin. Benda dah lepas. Macam ni lah kerja cikgu. Mengajar apa yang cikgu mampu. Terima apa yang pelajar cikgu bagi. Yang penting bagi cikgu awak berjaya. Yang lain cikgu tak pernah ambil kira."

Mulianya guru tersebut. Dan mulianya guru-guru yang lain. Sedang aku dan mungkin juga kawan-kawan yang lain tidak pernah memuliakan guru-guru seperti itu.

Dan kini, aku di tahun akhir pengajian di menara gading, menelaah kejuruteraan demi segulung ijazah. Perjalanan aku masih panjang dan aku tidak pasti di mana pengakhirannya.

Tapi yang aku pasti, tanpa guru-guru, tidak mungkin aku di sini.

Balasan wang ringgit pastinya tidak diharapkan oleh guru-guru. Cukuplah sekadar kita mengingati mereka dan menghormati mereka.

Kita mungkin sudah pergi jauh. Sedang mereka masih lagi di tempat yang sama menghabiskan saki baki perjuangan untuk terus mengajar anak bangsa Malaysia.

Dan yang pasti juga, mereka tidak akan jemu untuk terus mengajar walau baik buruk mana anak bangsa Malaysia.

Kata-kata ini yang selalu aku dengar setiap kali pulang ke sekolah lama. Bertanya khabar dan berterima kasih menjadi rutin setiap kali menziarahi mereka.

"Pelajar sekarang tak sama macam zaman awak. Kurang ajar, tak reti nak hormat guru."

"Saya tak rasa seronok dah mengajar sekarang. Tak sama macam zaman saya mengajar awak dulu."

"Macam ni lah Amiruddin. Apa yang ada kita terima. Kerja tetap jalan."

"Amiruddin, saya rindu zaman saya mengajar awak dulu.

Tidak kurang juga, guru-guru berkata begini.

"Amiruddin, dah besar dah awak? Kurus dah sekarang. Dulu bukan main tembam. Awak belajar dekat mana sekarang?"

"Amiruddin, awak masih lagi ingat dekat cikgu."

"Amiruddin? Saya pernah ajar awak ke dulu?"

"Amiruddin, you're still the same. Not a bit has changed."

"Amiruddin, masih malas lagi buat kerja rumah?"

"Amiruddin, dah kerja? Gaji awak berapa? Awak pakai kereta apa?"

"Amiruddin, dah besar panjang dah awak. Makin hensem. Bila awak nak kahwin?"

"Amiruddin, dah ada awek? Cikgu nak kahwinkan awak dengan anak cikgu boleh?"

Penghormatan untuk guru-guru Malaysia dan guru-guru di seluruh dunia. Anda adalah wira setiap hari.

p/s: guru itu anugerah....... rindu gler nk blk zmn sekolah.. tp leh ke.. anyway.. trima kasih whai insan yg bernama guru...
artikle ini telah di copy pastekn drpd fb.. harap maaf..

Thursday, July 15, 2010

rindu-rinduan...

salam...
     apa khabar blogger sekalian.. sudah lama aku x update blog ni.. entri kali ini aku buat khas utk rkan2 aku yg skrg ni sbuk je melangsungkan perkahwinan di kampung.. hoho..

     anyway.. aku nak bercerita psal pngalaman aku ni.. pernah x kita terfikir perbezaan bila bercinta dan selepas bercinta.. or sblum berkahwin dan slepas berkahwin... hehe.. analogi nye lbih kurang sama la kan.. jom kita explore ayat2 power lepas kahwin ni...


haa... pohon sume2 yg berkenaan fikir2kan la pe yang terbaik utk mnjaga hubungan antara dua jiwa yang telah di ijab kabulkan tu.. bkan snang tau bila di ijab kabulkn tu.. bgai satu gunung jatuh atas bahu.. dush2.. berat ooo.. tanggungjwab tu..  "smakin usia kita meningkat,semakin besar tanngungjwab kita", semakin ramai bini semakin byk lak alasan.. hoho.. tu selingan je.. hehe..

sebelum kahwin slalunya sume nmpak indah.. tp bila da kawin.. sume yg bruk kne komplen.. haha..
ini kenyataan.. sblum kawin kita cuba sedaya upaya menerima BELIAU yg kita syg(ayat sokongan utk kaum adam).. tp lpas kita kawin.. kita klu boleh ingin Si Dia mengikut cara hidup kita.. dengan lbih tebat kita ingin ubah Si Dia menjadi lbih baik dri sbelumnya(ayat sokongan utk kaum hawa).. namun.. masing2 ingin mencipta kebahagian bersama dalam kehidupan... lumrah kehidupan.............

P/s : Terimalah pasangan anda seadanya.. tiada org yg perfect nmun amalkn la Amar ma'ruf nahi mungkar dalam perhubungan serta diisi nilai cinta kpdNYA.. Nsyaallah berkekalan.. sgala musibah hadir.. ada hikmahnya..

Thursday, May 6, 2010

hari demi hari....

salam...

alhamdulillah.. hari demi hari aku masih berjalan di bumi MU yang penuh nikmat. nikmat yg tidak terbanding dan tidak terhitung. Sungguh.. kami x mampu utk membalas budi segala nikmatMU, kami hanyalah hambaMU yg lemah. Siapalah kami! siapalah kami! siapalah kami tanpaMU YA ALLAH. kami berlindung dgn naunganMU. kami mencari rezeki dgn rahmatMU.,kami berjalan dengan izinMU. Siapalah kami disisiMU, kami adalah hambaMu yg hina, sentiasa meminta-minta kpdMU seperti pengemis yg tempang. seandai tiada rahmatMU, Siapalah kami...

hari demi hari.. aku merasa terlalu rindu kepadaMU, perjanjian di alam roh ke alam dunia memberikan ujian yg sgt berat bagi ku, aku takut tidak dapat memenuhi janjiku. aku sungguh rindu padaMU, izinkan aku pulang disisiMU.izinkan aku kembali disisiMU tetapi biarlah aku kembali kpdMU dlm keadaan yg diredhai MU...



hari demi hari... tarikh matiku semakin hampir, mkin bergetar diri ini, adakah aku akan diterima rindu dan cintaku kpd MU atau diKAU tidakkn menoleh kpdku lgsung malah aku dicampakkn kedalam penjara api hitam utk selama-lamanya....

Ya Allah, aku memohon keampunan utk diriku, guru-guruku,ibu-bapaku, rakan-rakanku, muslimin dan muslimat yg masih hidup ataupn tlah kembali kpdMU. kami berlindung dgn rahmatMU,murahkanlah rezeki kami, seandainya rezeki itu di langit maka turunkanlah kpd kami, andai rezeki kami didalam bumi, maka kluarkanlah kepada kami, andai rezeki didpan kami, maka kuatkanlah kami utk memegang dan memperoleh rezeki mu. jauhkanlah kami dari perkara yag dilarang olehMU, matikan kami dalam keredhaanMU yakni di dalam iman, di dalam islam.gugurkan kami dalam syahid di dalam menegakkan panji-panji agamaMU. izinkan kami bersamaMU disana. balaslah kerinduan kami terhadapMU. Ya-Allah, kami terlalu rindu utk pulang kepadaMu..... redhailah kami didunia dan akhirat... amin..


kebahagian bersamaMU adalah kebahagian yang utama...........
Rindu serindu rindunya......

Tuesday, May 4, 2010

lembu siapa la yg x tambat neh..

suatu hari, aku berziarah ke rumah kwn baik aku di kg sepening lalat. tiba2 je aku ternmpak seekor lembu ni. duk dpn rmah kwan aku. lembu ni siap mengeteh dgn rodong-rodongnyer kat dpn rmah kwn aku.


yg menambah kepelikkannyer. si lembu neh ikut aku time nk balik ke rumah aku. so aku pun bertanya la kat tuan rumah td, Tiewa nama dia. satu babak dialog yg agak mesra pada mulanya. then bila sampai klimaks. aku pun keluarkan la snjata rahsia aku yg berbunyi " NI LEMBU SIAPA LA X TAMBAT NI, DUK IKOT ORG DRI TADI"


Tiewa ni pun membalas dgn kata2 yg hebat memenuhi ruang 7 petala langit dan 7 petala bumi "NI LA WASIAT KAMPUNG UTK KO, WASIAT NI SUME ORG DA AMIK BAHAGIAN. TINGGAL BAHAGIAN KO JE LG. ADA PAHAM EN.MIN!!!"


pergh.. mmg x boleh lwn da. coz wasiat kg sepening lalat ni.. so kene la terima dgn ikhlas serta bertanggungjwbnya utk menjaga lembu ni.


Ni la lembu wasiat kg sepening lalat tu... besor.. wat gulai kawah ni sedap ni.. tunggu raya haji nanti la..
nama dia rocky coz ad tanduk yg agk ganas wlaupn kcik je tnduk tu.



Tp sblum aku boleh wat pape kat lembu ni. aku kene sign agreement beserta tugas2 khas drpd wkil pemegang wasiat ni. jom kita wat same2.


<1> Thank & link the person that gave you the cow 
      Di sini ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada cik Tiewa sebagai wakil pemegang wasiat ini. saya juga ingin menyampaikan rasa berterima kasih saya dkt kg sepening lalat ni coz dgn lembu ni nanti boleh la saya wat kenduri kawen time raya haji nanti. save budget aku nk kawen. hehe..


<2> Bagi balik wasiat ni kat 7 blogger yg paling active atau 7 yg paling tak active 
       tiba-tiba je aku jadi wakil pemegang wasiat lak.. adess..



Melalui surat wasiat ini saya akan baca 7 org waris. wasiat ini adalah dari org kaya kampung sepening lalat. waris-waris tersebut ialah:


  1. epol - wakil dari rumah-rumah anak yatim kg ni.
  2. atia - wakil dari kelab cinta sayang kampung
  3. nana - wakil dari kelab comel sekampung
  4. si para-para - wakil dari pari-pari kampung
  5. cik lyn - wakil dari restoran strawbery kampung
  6. cik dyea - wakil dari jutawan kampung
  7. syazana - wakil kelab bahasa kampung.




<3> Bagitau dorang yg dorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat 
      rsenyer. x payah bagitau da kot. da nyatakan kat atas td.

<4> Cerita 3 perkara@apa yg anda selalu buat sambil tengok tv
      mkn lunch aku, duduk la tgk tv 2 n mempredict pe la yg akn terjadi lpas babak tu & mostly tekaan aku tepat pe..

<5> Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan 
      batu, kayu & tkar getah.. seriously aku pnah mkan time aku kcik2 dlu, time bru pndai merangkak la..

<6> Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK 
     575 org.. termasuk geng2 foreigner yg main game kat dalam fb tu.. haha..

<7> Feveret soalan ni, camne korang berjumpa spouse or pakwe/makwe korang? Kat mana?
      ntah la.. x tau cmne tbe2 je terjumpa.. haha..
    
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Powered By Blogger