Kehadiran x diundang.. Pergi x dilarang...

salam..

Trima kasih coz korg passing trough aknyer blog.. walau x de papepon.. jz ad karya2 hsil seni jiwa ak yg terpndam neh je.. haha.. anyway.. hopefully dpt enjoy n dpt share knowledge brsama2.. yg bruk jdkn pngajaran.. yg baik amal2kn la..

Dlm blog ak neh mcm2 ad.. mostly a part of my life ,copy content dri blog org(hehe.. jgn mare..) n my ideaology yg ntah btul atau x.. klu slah.. jgn mlu2 la tego.. xde org yg perfect dlm dunia neh tau..

Thursday, July 29, 2010

wira setiap hari..

 Salam.. time aku bosan td.. tbe2 je terbaca stu artikle ni.. sgt2 best la.. ha.. pe lg.. bca2.. hehe..

Wira Setiap Hari (Everyday Heroes)

"Semua dah hantar kerja rumah?"

Satu kelas bersuara, mengatakan ya.

"Ketua Tingkatan, kira ada berapa."

Kelihatan ketua tingkatan 1 Setia mengira buku latihan Matematik.

"Ada 43 cikgu."

Kata ketua tingkatan, melapor kepada guru Matematik.

"Sepatutnya ada 44. Siapa yang tak hantar lagi?

Satu kelas senyap. Aku menunduk ke meja.

"Mengaku cepat! Siapa tak hantar lagi!"

Guru Matematik tersebut menggertak.

"Awak jangan saya panggil nama, teruk awak kena nanti."

Kawan-kawan memandang aku. Aku masih lagi menunduk ke meja.

"Tak apa. Saya panggil nama."

Guru Matematik bergerak ke meja ketua tingkatan. Ketua tingkatan menghulur rampaian buku latihan Matematik. Guru tersebut membelek muka hadapan buku, membaca nama pelajar satu per satu. Apabila nama dipanggil, kawan-kawan menyahut. Usai 43 nama dibaca, guru Matematik bertanya.

"Amiruddin."

Aku mengangkat muka memandang guru tersebut. Gugup.

"Mana buku awak?"

Aku diam.

"Saya tanya mana buku awak?"

Suara guru Matematik tersebut lantang. Bunyinya keras.

"Awak ingat saya cakap dengan batu ke? Saya tanya mana buku awak?"

Aku masih lagi diam.

"Awak ke depan sekarang!"

Menurut perintah, aku bergerak ke depan, menuju ke meja guru. Rasa gementar mula menyelubungi hati. Tiba di meja guru, guru Matematik tersebut bertanya.

"Kenapa awak tak hantar latihan?"

Dengan perlahan, aku menjawab.

"Saya..."

"Saya tanya kenapa awak tak hantar buku latihan!"

Aku dengar bunyi hentakan kuat di meja guru. Kali ini guru tersebut benar-benar marah.

"Saya tak siap cikgu."

"Tak siap? Kawan-kawan awak yang lain boleh siap."

Aku kembali diam. Guru tersebut bangun dari tempat duduknya. Dia memandang aku.

"Apa nak jadi dengan awak ni? Bagi kerja tak buat, suruh hantar tak hantar. Awak nak jadi apa?"

Aku masih lagi diam. Tidak berani melawan.

"Cakap awak nak jadi apa!"

Aku tidak berani bersuara. Masa itu juga, penampar guru Matematik tersebut melekat di pipi aku.

"Saya geram lah dengan awak ni. Nama saja pengawas. Tapi pemalas!"

Seiring dengan kata-kata guru Matematik tersebut, beberapa cubitan perit hinggap di lengan kanan aku. Sakit, tapi aku tahan.

"Awak keluar kelas saya sekarang! Malas saya nak ajar orang macam awak."

Aku memandang kawan-kawan sekelas. Perasaan malu menebal di hati. Setelah dihalau oleh guru Matematik tersebut, aku keluar dari bilik darjah, menuju ke bilik air.

Tanpa aku sedar, ada beberapa titik air mata menyelusuri pipi. Aku tidak sedih kerana dimarahi guru Matematik tersebut. Aku tidak marah kepada guru tersebut. Aku hanya rasa kosong. Jiwa aku juga kosong.

Akhirnya guru Matematik tersebut berjaya memalukan aku depan kawan-kawan. Dan aku merasakan benci pada guru Matematik tersebut.

Satu tahun aku bersama guru Matematik tersebut perit. Aku merasakan dia juga benci pada aku sebagaimana aku benci kepadanya. Supaya tidak lagi dimarahi dan dimalukan depan kawan-kawan, aku selesaikan segala kerja rumah Matematik yang diberikan. Tapi aku tidak ikhlas.

Di peperiksaan akhir tahun, aku berlagak seperti biasa. Tidak terlalu berhempas-pulas seperti kawan-kawan lain mengulangkaji Matematik. Aku yakin dengan kemahiran mengira yang aku ada. Biar aku tidak selalu menyiapkan kerja rumah, tidak mengulangkaji sekuat kawan-kawan yang lain, aku pasti boleh mendapat gred A untuk Matematik.

Beberapa ketika, setelah selesai pengiraan markah keseluruhan untuk peperiksaan akhir tahun, keputusan diumumkan oleh guru tingkatan.

Tekaan aku meleset. Keputusan yang aku dapat jauh dari jangkaan.

Matematik - 56 - C.

Lama aku merenung keputusan tersebut, tidak percaya. Malah, aku jatuh kelas nombor dua. Peratusan keseluruhan aku tidak baik. Sekali lagi, aku dimalukan depan kawan-kawan.

Melangkah ke tingkatan dua, aku mulai berjinak dengan Matematik. Malah guru Matematik tahun itu jauh lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. Aku juga mengikuti tuisyen Matematik. Guru Matematik di tuisyen juga jauh lebih baik daripada guru Matematik tersebut. Aku dan kawan-kawan di kelas baru sering berlumba-lumba keputusan Matematik siapa yang lebih baik.

Di peperiksaan akhir tahun, aku mengekalkan kecemerlangan Matematik, memperoleh gred A dan naik semula kelas pertama di tingkatan tiga.

Pagi di hari pertama di tingkatan tiga, orang pertama yang aku cari waktu perhimpunan pagi ialah guru Matematik tersebut. Mahu saja aku berlagak depannya, mengatakan guru tersebut sebenarnya tidak pandai mengajar, bukan aku yang kurang pandai belajar. Mahu saja aku kata depannya begini.

"Cikgu. Saya masuk 3 Setia. Kelas pertama. Matematik saya A. Cikgu nak cakap apa?"

Mungkin berkata sebegitu boleh menebus kembali maruah aku setelah dimalukan oleh guru Matematik tersebut. Selesai perhimpunan, aku lihat guru Matematik tersebut berjalan bersama guru-guru lain. Aku nekad melakukan apa yang telah aku rancang. Aku akan malukan guru tersebut di hadapan guru-guru yang lain.

Tapi, guru tersebut terlebih dahulu menyapa aku.

"Amiruddin. Awak kelas 3 Setia? Tahniah. Saya tengok gred Matematik awak baik. Awak A kan. Tahniah. Teruskan usaha Amiruddin untuk PMR. Jangan main-main lagi."

Aku tergamam.

Guru ini yang dulunya aku sangkakan benci kepada aku, masih lagi ingat nama aku. Guru yang dulunya aku benci, masih lagi mengambil berat akan aku.

Melangkah ke kelas, aku berfikir sejenak sebelum guru Matematik tingkatan tiga melangkah masuk ke kelas bagi memulakan sesi pembelajaran tahun itu. Wajah guru Matematik tersebut menyelusup ke fikiran aku.

Lima minit kemudian, guru Matematik tingkatan tiga masuk ke kelas. Selesai ketua tingkatan memimpin kami memberi salam hormat kepada guru tersebut, dia bercerita tentang bekas pelajar-pelajarnya yang telah berjaya ke menara gading. Dan dia menanam harapan tinggi kepada kami, untuk turut berjaya ke menara gading.

Aku fikir waktu itu tanpa guru juga aku boleh masuk universiti. Guru bukannya sebab utama kenapa pelajar ke menara gading. Lulus gagal pelajar bukan terletak pada tangan guru, aku fikir waktu itu. Asal ada daya usaha dan cita-cita, pasti satu hari nanti aku akan bergelar mahasiswa universiti juga.

1 tahun berlalu. Aku mengakhiri tingkatan tiga dengan keputusan yang baik dalam PMR dan peperiksaan akhir tahun. Melangkah ke tingkatan empat di akhir, sewaktu perhimpunan pagi di hari pertama persekolah, guru Matematik tersebut menyapa aku sebelum perhimpunan bermula.

"Tahniah Amiruddin dapat A Matematik PMR! Cikgu bangga dengan awak."

Sekali lagi aku tergamam.

Guru yang satu ketika aku sangkakan membenci aku dan satu ketika dahulu aku benci, berasa bangga dengan aku. Tapi aku ini aku tidak lagi diam.

"Cikgu. Saya nak minta maaf. Saya banyak buat salah dengan cikgu. Saya kutuk cikgu dekat belakang. Saya kurang ajar dengan cikgu. Saya tak hormat cikgu. Saya benci cikgu. Saya minta maaf cikgu."

Aku lihat guru tersebut tenang dan membalas kata-kata aku.

"Tak apa Amiruddin. Benda dah lepas. Macam ni lah kerja cikgu. Mengajar apa yang cikgu mampu. Terima apa yang pelajar cikgu bagi. Yang penting bagi cikgu awak berjaya. Yang lain cikgu tak pernah ambil kira."

Mulianya guru tersebut. Dan mulianya guru-guru yang lain. Sedang aku dan mungkin juga kawan-kawan yang lain tidak pernah memuliakan guru-guru seperti itu.

Dan kini, aku di tahun akhir pengajian di menara gading, menelaah kejuruteraan demi segulung ijazah. Perjalanan aku masih panjang dan aku tidak pasti di mana pengakhirannya.

Tapi yang aku pasti, tanpa guru-guru, tidak mungkin aku di sini.

Balasan wang ringgit pastinya tidak diharapkan oleh guru-guru. Cukuplah sekadar kita mengingati mereka dan menghormati mereka.

Kita mungkin sudah pergi jauh. Sedang mereka masih lagi di tempat yang sama menghabiskan saki baki perjuangan untuk terus mengajar anak bangsa Malaysia.

Dan yang pasti juga, mereka tidak akan jemu untuk terus mengajar walau baik buruk mana anak bangsa Malaysia.

Kata-kata ini yang selalu aku dengar setiap kali pulang ke sekolah lama. Bertanya khabar dan berterima kasih menjadi rutin setiap kali menziarahi mereka.

"Pelajar sekarang tak sama macam zaman awak. Kurang ajar, tak reti nak hormat guru."

"Saya tak rasa seronok dah mengajar sekarang. Tak sama macam zaman saya mengajar awak dulu."

"Macam ni lah Amiruddin. Apa yang ada kita terima. Kerja tetap jalan."

"Amiruddin, saya rindu zaman saya mengajar awak dulu.

Tidak kurang juga, guru-guru berkata begini.

"Amiruddin, dah besar dah awak? Kurus dah sekarang. Dulu bukan main tembam. Awak belajar dekat mana sekarang?"

"Amiruddin, awak masih lagi ingat dekat cikgu."

"Amiruddin? Saya pernah ajar awak ke dulu?"

"Amiruddin, you're still the same. Not a bit has changed."

"Amiruddin, masih malas lagi buat kerja rumah?"

"Amiruddin, dah kerja? Gaji awak berapa? Awak pakai kereta apa?"

"Amiruddin, dah besar panjang dah awak. Makin hensem. Bila awak nak kahwin?"

"Amiruddin, dah ada awek? Cikgu nak kahwinkan awak dengan anak cikgu boleh?"

Penghormatan untuk guru-guru Malaysia dan guru-guru di seluruh dunia. Anda adalah wira setiap hari.

p/s: guru itu anugerah....... rindu gler nk blk zmn sekolah.. tp leh ke.. anyway.. trima kasih whai insan yg bernama guru...
artikle ini telah di copy pastekn drpd fb.. harap maaf..

Thursday, July 15, 2010

rindu-rinduan...

salam...
     apa khabar blogger sekalian.. sudah lama aku x update blog ni.. entri kali ini aku buat khas utk rkan2 aku yg skrg ni sbuk je melangsungkan perkahwinan di kampung.. hoho..

     anyway.. aku nak bercerita psal pngalaman aku ni.. pernah x kita terfikir perbezaan bila bercinta dan selepas bercinta.. or sblum berkahwin dan slepas berkahwin... hehe.. analogi nye lbih kurang sama la kan.. jom kita explore ayat2 power lepas kahwin ni...


haa... pohon sume2 yg berkenaan fikir2kan la pe yang terbaik utk mnjaga hubungan antara dua jiwa yang telah di ijab kabulkan tu.. bkan snang tau bila di ijab kabulkn tu.. bgai satu gunung jatuh atas bahu.. dush2.. berat ooo.. tanggungjwab tu..  "smakin usia kita meningkat,semakin besar tanngungjwab kita", semakin ramai bini semakin byk lak alasan.. hoho.. tu selingan je.. hehe..

sebelum kahwin slalunya sume nmpak indah.. tp bila da kawin.. sume yg bruk kne komplen.. haha..
ini kenyataan.. sblum kawin kita cuba sedaya upaya menerima BELIAU yg kita syg(ayat sokongan utk kaum adam).. tp lpas kita kawin.. kita klu boleh ingin Si Dia mengikut cara hidup kita.. dengan lbih tebat kita ingin ubah Si Dia menjadi lbih baik dri sbelumnya(ayat sokongan utk kaum hawa).. namun.. masing2 ingin mencipta kebahagian bersama dalam kehidupan... lumrah kehidupan.............

P/s : Terimalah pasangan anda seadanya.. tiada org yg perfect nmun amalkn la Amar ma'ruf nahi mungkar dalam perhubungan serta diisi nilai cinta kpdNYA.. Nsyaallah berkekalan.. sgala musibah hadir.. ada hikmahnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...