Tiada ku jangka,
Hati mu itu selembut kain sutera,
Menyulami hati ku yang sering terluka,
Tiap saat dan tiap masa.
Wajah mu yang seindah pelangi,
Yang sering menyinari selepas ku menghujani air mata,
Dengan menceriakan hari ku kembali,
Tidak kira masa dan dimana jua ku berada.
Sikap mu yang sungguh memahami itu,
Bagaikan hati kita adalah satu,
Dengan membuat ku begitu senang bersama mu,
Walaupun sehingga akhir waktu.
Kesetiaanmu sukar ditandingi,
Bagaikan sungai yang mengalir tanpa henti,
Walaupun kita jauh disisi,
Hati mu sentiasa ku miliki.
Kejujuran mu yang hebat itu,
Walaupun kita terpisah seribu batu,
Akan sentiasa ku mendengar khabar mu itu,
Tanpa lesap dari di dengari oleh telinga ku.
Keikhlasan mu yang tiada tandingan,
Pada setiap ujian yang mendatang,
Kamu sentiasa bersama ku tidak kira apa pun terjadi,
Disaat ku susah dan senang sedang menanti.
Jiwa mu yang romantis itu,
Sentiasa membuat hati ku terasa bahagia,
Walaupun disaat kesedihan sedang melanda,
Kamu selalu mengembalikan senyuman di bibir ku.
Hidup kamu yang sentiasa ceria,
Sering mengajar ku menjadi tabah,
Dalam menempuhi hari-hari yang mendatang,
Dengan menyakini ketentuan yang maha esa.
Khas untuk mu....
1 comment:
Alangkah bahagianye.Syukuri lah nikmat-Nya
Post a Comment