Kehadiran x diundang.. Pergi x dilarang...

salam..

Trima kasih coz korg passing trough aknyer blog.. walau x de papepon.. jz ad karya2 hsil seni jiwa ak yg terpndam neh je.. haha.. anyway.. hopefully dpt enjoy n dpt share knowledge brsama2.. yg bruk jdkn pngajaran.. yg baik amal2kn la..

Dlm blog ak neh mcm2 ad.. mostly a part of my life ,copy content dri blog org(hehe.. jgn mare..) n my ideaology yg ntah btul atau x.. klu slah.. jgn mlu2 la tego.. xde org yg perfect dlm dunia neh tau..

Sunday, March 28, 2010

tafsiran lelaki untuk wanita.. kawan atau "kawan"

Lelaki,jejaka, teruna, apapun gelarannya maknanya tetap sama. Ada antara mereka sesuai dijadikan kawan. Saya panggil mereka jenis sahabat. Mereka membeli belah, bergosip dan menonton wayang dengan anda. Apabila kita bercakap tentang teman lelaki kita kepada mereka, mereka akan mendengar dan memberi komen. Saya pasti anda memiliki kawan lelaki sebegitu.

Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik.

Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? Dia juga bukan gay. Hahaha, ini agak rumit juga. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kita ke arah itu. Tidak ada chemistry, tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya. Tidak ada tarikan seksual. Kelakar, tetapi saya sendiri tidak dapat menjelaskannya.

Waktu ini, datang pula lelaki yang memberikan anda perasaan-perasaan itu. Ciri-ciri seorang teman lelaki. Bagaimana anda boleh tahu? Saya selalu percayakan kata hati wanita. Ianya sangat kuat, jadi gunakannya! Ini adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja. Dia akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah cinta.

Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang saya, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh.

Ada satu lagi jenis, saya gelarkannya The Façade- anda berdua hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa “gila” terhadapnya tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. Ini adalah kategori yang sukar. Mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan? Sembunyikan perasaan dan bersedia untuk patah hati setiap kali dia berbicara tentang gadis kesukaannya? Kedua-duanya akan membuatkan anda buntu.

Jika anda jenis yang berani, saya cadangkan anda mengaku sahaja. Sekurang-kurangnya anda akan merasa lega apabila mengetahui apa yang anda patut tahu. Sekarang terpulang pada pertimbangannya. Sekiranya dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan anda, sekurang-kurangnya anda tahu. Jika itu berlaku, saya cadangkan anda teruskan hidup selepas sesi pengakuan yang telah membuatkan anda rasa janggal. Pandang ke hadapan, jadilah gadis yang kuat dan teruskan hidup. Sebaliknya bagi saya, secara peribadinya saya akan menolak pilihan ini.

Jadi, jenis lelaki manakah yang ada dalam hidup anda? Sahabat? Teman lelaki? Atau the façade? Agak sukar untuk mengkategorikan mereka kerana ada antara mereka adalah campuran daripada ciri-ciri itu, menghasilkan hybrid yang tidak dapat ditafsirkan. Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan lelaki itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan.

p/s: renung2kn n slamat beramal.. hehe..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger