Kehadiran x diundang.. Pergi x dilarang...

salam..

Trima kasih coz korg passing trough aknyer blog.. walau x de papepon.. jz ad karya2 hsil seni jiwa ak yg terpndam neh je.. haha.. anyway.. hopefully dpt enjoy n dpt share knowledge brsama2.. yg bruk jdkn pngajaran.. yg baik amal2kn la..

Dlm blog ak neh mcm2 ad.. mostly a part of my life ,copy content dri blog org(hehe.. jgn mare..) n my ideaology yg ntah btul atau x.. klu slah.. jgn mlu2 la tego.. xde org yg perfect dlm dunia neh tau..

Thursday, March 10, 2011

siapakah cinta??

Amirul Amir ini baru berusia 15 tahun. Tapi mahu juga untuk mengetahui apa itu cinta. Maka, dia tanya pada datuknya yang penuh ilmu di dada. Selaras dengan datuknya pakar ilmu bomoh dan ilmu silat.


Amirul Amir: Tok, tok boleh jelaskan apa itu cinta tak tok?

Tok Chacha: Kamu masih mentah lagi untuk bicara soal cinta wahai anak muda.

Amirul Amir: Masa muda inilah berguna untuk pelajari apa saja. Termasuk belajar soal cinta. Karang umur tok baru nak belajar. Memang tak masuk!

Tok Chacha: Ye lah cu. Maka, pergilah engkau ke kampung sebelah. Di sana ada pasar tani. Kau tanya pada peniaga apa itu cinta. Tapi hanya tujuh orang peniaga saja. Faham?

Amirul Amir: Iye tok. Iye.

Perjalanan yang makan masa 1 jam berjalan kaki itu tidak mematahkan semangat Amirul Amir mengetahui apa itu cinta.

Maka, selepas sampai di pasar tani. Amirul Amir terus bertanya pada para niaga dekat sana.

Amirul Amir: Tumpang tanya, apa itu cinta ye pak cik?

Peniaga 1: Cinta itu indah. Cinta itu melalaikan. Cinta itu buta. Jika anak muda mahu bercinta. Hati-hati. Jerat percintaan mungkin nanti dihadapi anak muda.

Peniaga 2: Cinta itu umpama hembusan nafas. Kita dapat rasa. Tapi tak dapat pegang. Adakalanya hembusan nafas kita terpaksa kita lepas kan?

Peniaga 3: Cinta itu seperti ombak memukul hentian pantai. Sering dan beralun. Mesra dan lembut. Sentiasa dan tiada henti. Siang dan malam. Itu lah cinta. Sentiasa mahu bersama orang kita cinta.

Peniaga 4: Cinta itu indah. Mendamaikan. Memerlukan kasih sayang, kejujuran, kepercayaan dan keikhlasan.

Peniaga 5: Cinta ini umpama kau mengejar rama-rama. Semakin kau kejar, semakin dia menjauh. Jadi, biarkan cinta hadir dalam sendiri.

Peniaga 6: Cinta boleh diibarat wanita. Kompleks. Sukar di fahami. Kadang kala okay, kadang kala kena baling dek mangkuk.

Peniaga 7: Cinta bak ais. Nikmati dia sebelum cair. Tapi jika kau nak menjaga. Dan sayang akan cinta itu. Kau harus fikir macam mana nak buat cinta itu tak cair. Faham??

"Amboi..pening kepalaan nak ingat semua maksud ni. Aduhhhh. Marah dek datuk nanti. Menyesal tak catat"

Amirul Amir sedikit gusar. Risau kena marah. Kena jalan kaki selama satu jam. Lepas tu nak ingat pulak ketujuh-tujuh maksud ni.

***

Tok Chacha: Bagamaina anak muda? Apa itu cinta.

Amirul Amir: Errr. Cinta itu umpama rama-rama. Jika kita kejar. Dia akan lari. Kalau tak kejar dia datang. Cam gitu lah tok.

Tok Chacha: Lagi...

Amirul Amir: Aiyak! Tak ingat la tok.

Tok Chacha: Sudah nampak apa itu cinta?

Amirul Amir: Hah?

Tok Chacha: Cinta itu banyak definisi. Lain orang, lain tanggapan. Maka kamu ingat satu tu kerana kamu suka akan kata-kata dia. Kan. Samalah cinta. Kamu sudah jumpa orang yang sesuai. Maka kamu berkenan dengan dia. Lantas kamu bercinta dengannya.

Peniaga itu umpama persinggahan cinta kamu. Kamu harus kenal ramai orang untuk mencari siapa cinta kamu. Jika kamu ada 7 pilihan. Hanya 1 pilihan yang benar-benar kamu yakin akannya. Maka pilihlah dia. Percaya dia. Dan setia dengannya.

Faham?

"Tak!" jawab Amirul Amir ringkas.

Lantas Tok Chacha menbelasah Amirul Amir dengan kasarnya.

"Pesen bengap!" getus Tok Chacha dalam hati.



4 comments:

Jejaka Desa said...

Kan dah mendapat.Belum habih sekoloh sibuk nok bercinte...

min said...

tu lah gayenyer budok2 zaman skrg..

min said...

tu lah gayenyer budok2 zaman skrg..

belia bangkit said...

atok ngn cucu same jer sbnrnye..hahaha....sabo jela

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...